Sejarah Perangan Badar
Muqaddimah:
Setelah hijrahnya Rasulullah dari
Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh
orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh
banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi
kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan
ini.
Perang Badar merupakan perang
pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa
mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.
Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut
serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari
mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah
telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang
curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya
pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan
menjauhi larangannya.
Sejarah :
Serangan yang dilakukan oleh
Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan
Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan
cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami
seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan
pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan
menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2
Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah
untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria
(Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah
untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan
perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah
menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan
dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum
Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang
sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang
dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki
tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar,
berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul
dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan
berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang
sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya
buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan
melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba
dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di
Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta
supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu
Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak
memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang
pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek
oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk
mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham,
yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu
Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan
berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan
Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu
Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam
peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus
orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di
Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin
Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka
mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada
Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda
menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib,
Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar
mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka.
Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan
tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya
berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari,
kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah,
Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi
itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah
kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada
yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya
berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan
perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah
lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya
yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah
terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat
ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba
kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai
seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan
permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka.
Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan
Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa
susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini,
lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita
bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian
seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada
barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan.
Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani
Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu,
maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung
saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan
bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita
sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang.
Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad,
nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan
berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin
kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu
berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah
sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang
lain.
Setelah mendengar kata-kata
daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi
seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan
wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad)
mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari
orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam
urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka
digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier),
bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata
adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua
sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu
bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah
kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua
golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku
seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah
S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan
tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka
selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu
yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa
kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke
Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti
memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman
tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya
kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada
Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau
berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi
S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang
senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil
berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan
bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu
harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum
Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin
Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin
Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka
bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy
yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah
meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri.
Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi
Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga
sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya
‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy
akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus
berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk
menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri
tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin
menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan
diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa!
Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti
memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada
seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak
sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang
ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu
bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu
Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat
Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya
berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada
tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam
yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini,
tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar
Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan
diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.
Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari
Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan
ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan
dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan
riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan,
kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam
masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah
memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang.
Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas
kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan
satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan
merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang
dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan
dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum
Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh
lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik
dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan
untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya
mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah
satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan
menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam.
Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu
telah pandai.
Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar
ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan
ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu
sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah
dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka
telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni
oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy
Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam
pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan
kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita
ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada
perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima
layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan
memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke
masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam
kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban
jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam
Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini
menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila
ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini
sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang
mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi
tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana
semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin
silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir
yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam
mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid
Tidak ada komentar:
Posting Komentar